Saturday 23 April 2011

PENTING - Blogger, Sila Gunakan Google


                   Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini merupakan makluman penting kepada logger terutama yang bernaung di bawah platform Blogger.com atau lebih terkenal dengan Blogspot. Selama ini Blogger bebas menggunakan apa sahaja email untuk mendaftar akaun blogspot walaupun sudah lebih 8 tahun Google membeli perkhidmatan blog percuma. Semuanya akan berakhir pada 25 Jun 2011 apabila Google telah membuat pengumuman khas.
                    Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih – petikan dari Amanz.my.
                 Kepada semua blogger yang terlibat termasuk  AA mesti ambil perhatian atau akan kehilangan  blog yang sedang diuruskan tu. Sila maklumkan teman-teman blogger yang lain tak mahu nanti tiba nak login tengok akaun dah dihapuskan terutama yang sesekali login tu.
Kepada blogger yang terlibat  paling penting buat akaun e-mail Gmail. Dah ada ke? Kalau dah ada baguslah. Kepada yang masih samar-samar cara untuk mengubah username bukan Google ke akaun Google jangan risau. Blogger suri rumah tersohor 1Malaysia sudah menyediakan tutorial ringkasnya … apa lagi joom lari ke @ Kujie2.com (Banyak tips blogging kat sini ..kenapa tak percaya ke??).


p/s: kredit kepada DenaiHati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...