Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru


                 Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

                  Tema hari guru bagi tahun 2011 ialah Guru penjana transformasi pendidikan negara. 

                  Profesion guru meliputi semua antaranya guru sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Pensyarah Universiti, Profesor Madya, guru Agama, guru silat, mahaguru, tok guru, tuan guru dan seangkatan dengannya. Guru adalah orang yang mengajar kita sesuatu ilmu, secara langsung mahupun tidak langsung dan tidak terkecuali ibu dan bapa kita.

                  Dikesempatan ini, AA mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

p/s: sesuatu ilmu yang baik akan memberikan saham yang berguna di akhirat kelak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...