Wednesday, 13 April 2011

Alia nak berKONGSI

                                                                                
                                                                                 
         Salam kepada peminat Sam. Hehe. Ni AA rasa mungkin cerita terbaru untuk tahun ni. Maklumat ni pun AA dapat semasa 'membelek' web gengaryzs. Barisan pelakonnya agak top masakini, dan filem ini AA jangka akan meletop.
        
Pelakon : Shaheizy Sam, Yana Shamsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Bront Palarae, Fizo Omar, Farid Kamil
 
 
Sinopsis
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis. 
 
Lebih kurang camtu la jalan critenye. Nantikan kemunculan cerita ini. 

p/s: kredit AA ucapkan kepada geng aryzs.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...