Friday 15 April 2011

Terengganu di Persada Liga

                                                                                   
              Tahniah kepada pasukan Terengganu. Ini merupakan kedudukan yang cemerlang bagi pasukan bola sepak Terengganu untuk musim ini. Pasukan Terengganu yang bermula perlahan di awal musim, berjaya menunjukkan peningkatan yang konsisten pada pertengahan musim.
              Kemenangan 1-0 ke atas pasukan Felda United telah melonjakkan pasukan ini ke persada liga. Gol kemenangan Terengganu dihasilkan menerusi jaringan cantik oleh Abdul Hadi Yahya pada minit 61:46 perlawanan. Ini merupakan jaringan keenam peribadi oleh Abdul Hadi Yahya buat pasukan Terengganu. Syabas diucapkan kepada pasukan Terengganu.

p/s: dok sia-sia Terengganu ambik Hadi, swap dengan Zairo kot utk T-Team

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...