Friday, 15 April 2011

Apa Yang Menarik Di Terengganu

                                                                                                                      
            Pernahkan anda melihat logo ini? Logo ini dihasilkan bersempena kempen Tahun Melawat Terengganu 1997 kalau xsilap AA. Logo ini masih lagi digunakan sehingga hari ini dan masih lagi laku di kedai-kedai 'stiker'. Logo yang berlambangkan penyu ini adalah simbolik dengan gelaran negeri sang penyu untuk negeri Terengganu.

             Bercakap mengenai Terengganu, AA mulakan dulu dengan makanan. Makanan yang paling femes di Terengganu tak lain tak bukan keropok lekornye. Sebut saje keropok losong, orang dah tau dah. Keropok mudah didapati di Losong, Batu Rakit, Seberang Takir, Kuala Ibai, Marang, Kemaman dan beberapa tempat lagi. Selain itu, nasi dagang juga merupakan makanan yang berasal dari Terengganu.   



                                             
             Di area Losong pula, terdapat 2 kawasan yang menarik untuk dilawati iaitu Muzium Terengganu dan juga Masjid Kristal. Muzium Terengganu merupakan Muzium yang terbesar di Asia Tenggara.
                                                                          
                                                                                   
             Bagi mereka yang gemar aktiviti kembara, Tasik Kenyir (tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara), Pulau Kapas, Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian adalah destinasinya. Pelbagai aktiviti sukan air seperti menyelam, scuba diving, melihat terumbu karang dan sebagainya dapat dilakukan. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, anda perlulah mencuba pendakian di Gunung Tebu.
                                                                    
             Bandaraya Pesisir Air, gelaran yang diberikan untuk negeri yang mempunyai berpuluh pantai yang cantik dan mendamaikan. Diantara pantai yang sering dikunjungi pelawat adalah pantai Batu Buruk, Pantai Kuang (Besut), Pantai Bari (Setiu) Pantai Teluk Lipat (Dungun), Pantai Awana Kijal, Pantai Monica Bay (Kemaman) dan banyak lagi. Kecantikan pantai di Terengganu telah menarik produser KRU untuk menghasilkan filem Hkyt Merong M'wangsa di pantai Terengganu.
                          
                                                                        
             Sebelum meninggalkan negeri Terengganu, tidak lengkap sekiranya anda tidak membawa pulang ole-ole dari Terengganu. Sila jejakkan kaki anda ke Pasar Payang, disitu semuanya ada. Makanan, pakaian, ole-ole, sutera, batik, tembaga, dan kebanyakkannya hasil kraftangan masyarakat Terengganu dijual disitu.

          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...