Friday 13 May 2011

Keputusan Piala FA - Terengganu Lambat Panas


                     Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Tok Gajah pula mensia-siakan pendahuluan dua gol menerusi sepakan bebas kaki kiri Munir Amran dan R. Surendren masing-masing pada minit ke-47 dan 54 gara-gara kelalaian barisan belakangnya pada setengah jam terakhir.

                    Terengganu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim sebaliknya kembali garang malah memanfaatkan keadaan tertekan lawan apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Saifulnizam Miswan pada minit ke-63 yang tertampan sepakan Ashari Samsudin.

                     Wan Aliff Jasmi menambah derita tuan rumah dengan tandukan jarak dekatnya pada minit ke-81 sebelum Ismail Faruqi memastikan Sang Penyu beroleh kemenangan dan kelebihan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin ini menerusi tandukannya dalam minit terakhir perlawanan.
            

             Sementara itu, Kelantan sudah hampir mengesahkan laluannya ke perlawanan akhir Piala FA setelah membelasah Selangor 5-1 di Stadium Shah Alam. Senarai penjaring Kelantan : Ramzul Zahini Adnan (10, 40) Badri Radzi (43), Nurul Azwan Roya (67) dan Norshahrul Idlan Talaha (71), Selangor : Amri Yahyah (90+)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...