Sunday, 15 May 2011

Negara Baru Di Dunia




                      Tahukah anda sejak 1990, terdapat 33 negara baru yang "lahir" di dunia. Penyebab kepada kelahiran negara baru adalah kerana pemberontakan rakyat yang mahukan kebebasan, perpecahan etnik sesuatu kawasan, pentadbiran yang lemah dan banyak lagi.

                      Perpecahan sebuah negara besar seperti Union of Soviet Socialist Republics / USSR berlaku pada akhir tahun 1991 dan menghasilkan beberapa negara baru sepert :-

  1. Armenia
  2. Azerbaijan
  3. Belarus
  4. Estonia
  5. Georgia
  6. Kazakhstan
  7. Kyrgyzstan
  8. Latvia
  9. Lithuania
  10. Moldova
  11. Russia
  12. Tajikistan
  13. Turkmenistan
  14. Ukraine
  15. Uzbekistan
                       Negara Yugoslavia berpecah pada awal tahun 1990 kepada 5 buah negara iaitu :-
    1. Bosnia and Herzegovina (29/2/1992)
    2. Crotia                            (25/6/1991)
    3. Macedonia                    (8/9/1991)
    4. Serbia and Montenegro (17/4/1992)
    5. Slovenia                        (25/6/1991)

                       Beberapa negara lain yang mencapai kemerdekaan selepas 1990
  • March 21, 1990 - Namibia
  • May 22, 1990 -  Yemen.
  • October 3, 1990 -  Germany (gabungan German Barat dan German Timur)
  • September 17, 1991 -  Marshall Islands
  • September 17, 1991 - Micronesia
  • January 1, 1993 -  Czech Republic , Slovakia  (pecahan negara Czechoslovakia)
  • May 25, 1993 - Eritrea
  • October 1, 1994 - Palau
  • May 20, 2002 - East Timor (Timor-Leste)
  • June 3, 2006 - Montenegro
  • June 5, 2006 - Serbia
  • Febraury 17, 2008 - Kosovo

p/s: Negara biru pernah melayakkan diri ke Piala Dunia. Malaysia bila lagi???

Selamat Hari Guru


                 Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

                  Tema hari guru bagi tahun 2011 ialah Guru penjana transformasi pendidikan negara. 

                  Profesion guru meliputi semua antaranya guru sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Pensyarah Universiti, Profesor Madya, guru Agama, guru silat, mahaguru, tok guru, tuan guru dan seangkatan dengannya. Guru adalah orang yang mengajar kita sesuatu ilmu, secara langsung mahupun tidak langsung dan tidak terkecuali ibu dan bapa kita.

                  Dikesempatan ini, AA mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

p/s: sesuatu ilmu yang baik akan memberikan saham yang berguna di akhirat kelak

Friday, 13 May 2011

Beberapa Fakta Tentang AL-Quran


         Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang
cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor,
astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889
peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Keputusan Piala FA - Terengganu Lambat Panas


                     Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Tok Gajah pula mensia-siakan pendahuluan dua gol menerusi sepakan bebas kaki kiri Munir Amran dan R. Surendren masing-masing pada minit ke-47 dan 54 gara-gara kelalaian barisan belakangnya pada setengah jam terakhir.

                    Terengganu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim sebaliknya kembali garang malah memanfaatkan keadaan tertekan lawan apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Saifulnizam Miswan pada minit ke-63 yang tertampan sepakan Ashari Samsudin.

                     Wan Aliff Jasmi menambah derita tuan rumah dengan tandukan jarak dekatnya pada minit ke-81 sebelum Ismail Faruqi memastikan Sang Penyu beroleh kemenangan dan kelebihan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin ini menerusi tandukannya dalam minit terakhir perlawanan.
            

             Sementara itu, Kelantan sudah hampir mengesahkan laluannya ke perlawanan akhir Piala FA setelah membelasah Selangor 5-1 di Stadium Shah Alam. Senarai penjaring Kelantan : Ramzul Zahini Adnan (10, 40) Badri Radzi (43), Nurul Azwan Roya (67) dan Norshahrul Idlan Talaha (71), Selangor : Amri Yahyah (90+)

Wednesday, 11 May 2011

10 Orang Pertama Berdaftar Di Facebook

Ini merupakan 10 orang pertama yang berdaftar dengan facebook. 
 

1.  Pengasas Facebook ini adalah orang yang pertama mendaftar dengan nombor id 4. Mempunyai 24% saham dlm Facebook.

2. Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook sekaligus teman sebilik Mark Zuckerberg sewaktu mereka di Harvard University. Selain dari co-founder facebook, beliau juga adalah webmaster Obama di my.barrackobama.com yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat. Nombor idnya adalah 5.

3. Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook sekaligus teman sebilik Mark Zuckerberg sewaktu mereka di Harvard University. Moskovitz memiliki saham facebook sebanyak 6 %. Nombor idnya adalah 6.


4. Arie Hasit adalah teman baik dari Mark Zuckerberg. Semasa mereka belajar di Harvard mereka sering melakukan aktiviti bersama . Ini kerana mereka sama-sama Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai jurucakap angkatan tentera Israel. Nombor idnya adalah 7.
 5. X byk info ttg Marcel Georgés Laverdet nie (low profile ja), hanya seorang pekerja di Facebook. Nombor idnya adalah 10.

6. Soleio adalah pegawai teknikal Facebook. Di pagenya, dia menulis bahawa pekerjaannya adalah yang berhubungan dengan teknik di facebook. Nombor idnya adalah 11.

7. Chris Putnam adalah jurutera software Facebook & adalah satu - satunya orang yang memiliki avatar khusus di facebook. Nombor idnya adalah 13
 
8. Andrew McCollum adalah teman sekelas Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus adalah pereka grafik pertama Facebook. Dialah yang merancang logo facebookyang pertama kali. Nombor idnya adalah 26.


9. Sedikit info tentang orang ini, yang pasti dia adalah graduan Harvard university. Nombor idnya adalah 27.

10. Mark Kaganovich adalah graduan Harvard bidang sains komputer & dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network (seperti facebook) tetapi dikhususkan untuk para ilmuwan. Nombor idnya adalah 28.
 




Tuesday, 3 May 2011

Senarai Filem Luar Negara (bulan 5 & 6)

              Posting kali ni ringkas jerk. Pasal filem luar negara yang akan ditayangkan pada bulan Mei dan Jun. Kepada sesape kaki wayang, korang tengok nie :

MEI
* Thor (May 6)
* Jumping the Broom (May 6)
* Priest (May 13)
* Bridesmaids (May 13)
* Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (May 20)
* The Hangover 2 (May 26)
* Kung Fu Panda: The Kaboom of Doom (May 27)

JUN
* X-Men: First Class (Jun 3)
* Fast Five (Jun 10)
* Something Borrowed (Jun 10)
* Green Lantern (Jun 17)
* Cars 2: World Grand Prix (Jun 24)
* Rise of the Apes (Jun 24)

Cerita Pasal Alia

               Alhamdulillah. Ku panjat kesyukuran ke hadrat Allah Taala dengan kurniaan Nya. Kehidupan aku suami isteri lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulungku yang bernama Nur Alia Batrisyia (nama yang dipilih oleh isteriku). Sebab itu aku namakan blog aku AbiAlia, sempena nama anak aku dan abi adalah panggilan Alia kepada aku. Walaupun posting ini agak lewat, namun ianya bermakna buat aku.

             Ni gambar Alia masa 1st day. Dilahirkan di Hospital Kuala Terengganu. Minggu pertama macam baby lain jugak, Alia just tido n minum susu jer. Alia kene jugak penyakit kuning, tapi Alhamdulillah just 3 hari dah ok. Antara petua yang aku ingat, nenek Alia 'lesetkan' anggur hitam kat mulutnya, banyakkan minum susu ibu dan mandikan Alia dengan daun....ape ntah tak ingat nama daun tu.

              Ni time Alia dah pandai celik mata. Besarkan mata Alia? Nak banding masa baru lahir, cam tak caya mata Alia besar. Tapi pipi Alia tak tembam. Tapi yang penting rambut tu...pacak tu. Memang rambut pacak dari lahir lagi. Originality..Bukan buat-buat.

               Gambar Alia lepas bercukur. Alahai syoknye tido. Sampai senget kepala Alia. Kaki tido nie, ikut sapa la Alia nie.. Mentang-mentang anak pompuan, serba-serbi pink.

              Alia dengan mata bulat, pipi tembam selalu jerk kene cubit dengan aunty2 Alia kat kampung. Biasalah baby tembam, sape tak geram. Dah ada rambut sikit, tapi nipis jer. Apa?? Ada orang kata muka Alia cam lelaki. Yeke?? Mungkin sebab kecil lagi, dah besar tengok macamana.

                Nampak tak Alia kat mana?? Alia dalam trolley la.. Thanks to Mak Uda coz bagi trolley kat Alia. Ni Alia jalan2 kat sungai. Nampak tak kat belakang tu, ada masjid. Tau tak masjid ape? Ala..Masjid Kritsal la. Alia dah 2 kali ke sana, tapi Abi tak ambil lagi gambar Alia kat sana. Takpe, nanti Abi bawak lagi Alia ke sana.




              Sekarang umur Alia dah 4 bulan. Alia masih lagi belajar teknik meniarap yang betul. Alia dah boleh meniarap sikit2, tapi tak lama lah. Kalau lama2, kepala Alia akan tersungkup kat tilam. Sabar umi dan abi, nanti Alia boleh meniarap sempurna. Umi dan abi doakan Alia yerk. Cube teka gambar last Alia watpe? Alia sedang bersin la..hhhaaaannncccuuuummmm.....Alhamdulillah.

p/s : thanks to my beloved wife kerana memberikan abi seorang cahaya mata yang comel macam Alia. Abi doakan Alia akan menjadi seorang anak yang Solehah...Amin






                                                                               

Keputusan Liga Super (3/5/2011)



             Dah 2/3 game tak update result kan?? Ni merupakan result yang terbaru. Big 3 masih lagi menguasai kedudukan Liga Super dengan masing-masing menang ke atas lawan. Persaingan sengit ini diharapkan berterusan hingga ke akhir musim. Tahniah kepada yang menang, yang kalah diharapkan cuba lagi dalam perlawanan seterusnya.

p/s : tadi sempat juga lalu tepi stadium, cam ramai je penonton. Bagusla, majulah sukan untuk negara

Air Terjun Chamang

            Lame ye AA tak wat posting kat blog nie. Minggu lepas AA sefamily balik kampung. Dengan masa yang ada, sempat juga pi jalan-jalan kat air terjun. Tak tau la berapa banyak air terjun yang ada kat Pahang nie. Tapi salah satunya adalah air terjun Chamang. Hutan Lipur Chamang / Terjun Chamang  terletak kira-kira 8km dari bandar Bentong, Pahang.
          
            Antara kemudahan yang ada kat sini :
1. Kawasan letak kereta percuma yg luas.
2. Tandas
3. Tempat bersalin pakaian ( dan mandi )
4. Kawasan perkhemahan
5. Tempat BBQ







                 Beberapa keping gambar kenangan yang sempat diambil.  Tapi time kitorang pergi tak kene timing la.. Air terjun deras time tu, sebabnya kat sana dah hujan beberapa hari lepas. Kalau hari minggu ramai la orang melepak kat sana. Nak tengok kemeriahan di Chamang, sila klik Hutan Lipur Chamang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...