Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://www.dirtycarart.com/DCAGallery/index.html
Sunday, 24 April 2011
Seni Debu..Scott Wade
Orang Terkaya Di Malaysia 2011
Setiap manusia mesti inginkan kesenangan di dalam kehidupan. Dengan kesenangan/kemewahan, kita mampu untuk melakukan apa saja. Ibarat kata P.Ramlee.. " dunia ini ana yang punya". Yelah, ade RM kita mampu beli apa saja. Cuma nyawa je yang xmampu dijual beli.
Mengikut fakta dari majalah Malaysian Business, berikut merupakan individu-individu terkaya di Malaysia:
Sebagai pembakar semangat dan perjuangan untuk menjadikan diri kita usahawan tycoon seperti mereka ini, maka kita kenalah berusaha keras dan jadikan senarai ini sebagai batu lonjatan untuk berjaya kelak. Mungkin bukan sekarang, mana tahu suatu hari nanti nama anda akan tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia
Mengikut fakta dari majalah Malaysian Business, berikut merupakan individu-individu terkaya di Malaysia:
1. Robert Kuok Hock Nien
Flagship: Kerry Group/ Kuok Group
Jumlah kekayaan semasa: RM50,040.00 juta
Flagship: Kerry Group/ Kuok Group
Jumlah kekayaan semasa: RM50,040.00 juta
2. T. Ananda Krishnan
Flagship: Usaha Tegas
Jumlah Kekayaan semasa: RM45,780.00 juta
Flagship: Usaha Tegas
Jumlah Kekayaan semasa: RM45,780.00 juta
3. Tan Sri Teh Hong Piow
Flagship: Public Bank
Jumlah kekayaan semasa: RM12,755.53 juta
Flagship: Public Bank
Jumlah kekayaan semasa: RM12,755.53 juta
4. Tan Sri Lee Shin Cheng
Flagship: IOI Group
Jumlah kekayaan semasa: RM12,739.50 juta
Flagship: IOI Group
Jumlah kekayaan semasa: RM12,739.50 juta
5. Tan Sri Lim Kok Thay
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,895.99 juta
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,895.99 juta
6. Tan Sri Quek Leng Chan
Flagship: Hong Leong Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,751.62 juta
Flagship: Hong Leong Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,751.62 juta
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Flagship: Albukhary Foundation
Jumlah kekayaan semasa: RM8,840.00 juta
Flagship: Albukhary Foundation
Jumlah kekayaan semasa: RM8,840.00 juta
8. Puan Seri Lee Kim Hua
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM7,429.34 juta
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM7,429.34 juta
9. Tan Sri Tiong Hiew King
Flagship: Rimbunan Hijau
Jumlah kekayaan semasa: RM4,772.33 juta
Flagship: Rimbunan Hijau
Jumlah kekayaan semasa: RM4,772.33 juta
10. Ong Beng Seng
Flagship: Hotel Properties Ltd
Jumlah kekayaan semasa: RM3,987.65 juta
Flagship: Hotel Properties Ltd
Jumlah kekayaan semasa: RM3,987.65 juta
Keputusan Liga Super 2011 (23/04/2011)
Salam kepada peminat liga super. Tahniah kepada Kelantan yang telah merakamkan kemenangan besar ke atas Perlis, 4-0. Selangor pula mencatat kemenangan tipis ke atas Sabah 2-1. Terengganu pula dapat mengekalkan rentak kemenangannya dengan mencatat keputusan 3-0 ke atas Perak.
Jika EPL ade 'big four' + Man CT, tapi di Liga Super ade juga 'big 5' nye. Lima pasukan yang berada di persada liga merupakan pasukan 'big 5' tahun nie. Tapi kemana pasukan Negeri Sembilan? Agak tenggelam jerk musim nie.
Saturday, 23 April 2011
PENTING - Blogger, Sila Gunakan Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini merupakan makluman penting kepada logger terutama yang bernaung di bawah platform Blogger.com atau lebih terkenal dengan Blogspot. Selama ini Blogger bebas menggunakan apa sahaja email untuk mendaftar akaun blogspot walaupun sudah lebih 8 tahun Google membeli perkhidmatan blog percuma. Semuanya akan berakhir pada 25 Jun 2011 apabila Google telah membuat pengumuman khas.
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih – petikan dari Amanz.my.
Kepada semua blogger yang terlibat termasuk AA mesti ambil perhatian atau akan kehilangan blog yang sedang diuruskan tu. Sila maklumkan teman-teman blogger yang lain tak mahu nanti tiba nak login tengok akaun dah dihapuskan terutama yang sesekali login tu.
Kepada blogger yang terlibat paling penting buat akaun e-mail Gmail. Dah ada ke? Kalau dah ada baguslah. Kepada yang masih samar-samar cara untuk mengubah username bukan Google ke akaun Google jangan risau. Blogger suri rumah tersohor 1Malaysia sudah menyediakan tutorial ringkasnya … apa lagi joom lari ke @ Kujie2.com (Banyak tips blogging kat sini ..kenapa tak percaya ke??).
p/s: kredit kepada DenaiHati
Perhimpunan Ikan Sardin
Assalamualaikum. Adakah anda mengetahui apakah itu ikan sardin? Adakah anda mengenali dimanakah terletaknya Acapulco? Kejadian yang bertarikh 11 Mac 2011 telah mengaitkan diantara ikan sardin dan Acapulco. Tarikh ini adalah bersamaan dengan kejadian Tsunami di Jepun. Tetapi kesannya dapat dilihat di Mexico, iaitu di pantai Acapulco. Lihatlah kebesaran Allah ini..
Superbus - Bas Terlaju Di Dunia
Sebuah teknologi hasil kajian selama 7 tahun dan menelan belanja sebanyak 11.5 juta Pound Sterling, kajian oleh pereka-pereka dari Belanda ini menghasilkan sebuah bas termewah dan juga terjalu didunia. Bas sepanjang 15 kaki ini mempunyai 6 tayar dan diberi nama Superbus sesuai dengan kebolehannya.Sekilas pandang, rupanya yang seakan-akan Batmobile dan juga limusin yang panjang, bas ini mampu membawa sejumlah 23 orang penumpang dan mampu mencecah kelajuan 255km/h. Projek ini telah dilancarkan pada pameran Persatuan Pengangkutan Awam Sedunia di Dubai baru-baru ini.
Diperbuat dari bahan carbon fiber yang amat ringan dan menggunakan motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri Lithium Polymer. Ia mempunyai panjang yang hampir sama dengan bas-bas yang lain, namun menggunakan set tayar belakang yang bebas bergerak untuk mengecilkan turning radiusnya (lebih kurang 10m). Jurucakapnya, Wubbo Ockels, seorang bekas astronaut dari belanda turut mengatakan bahawa keistimewaan bas ini ialah ia boleh dipandu kemana sahaja yang dilalui oleh bas biasa. Dengan ketinggian yang boleh diubahsuai (adjustable) dan turning radius yang lebih kecil, ia dijangkakan boleh menjadi lebih baik dari bas biasa.
Projek ini dimulakan pada tahun 2004 dan diketuai oleh Antonia Terzi, yang pernah berkerja dengan pasukan BMW-Williams F1 team, dan menjanjikan bas ini selamat untuk dipandu walaupun pada kelajuan yang tinggi. Dengan pusat graviti yang rendah dan bentuk yang lebih aerodinamik, ia akan menjadikan bas ini sangat stabil dan jimat tenaga. Bas ini juga dilengkapi air-bags, televisyen, akses untuk internet dan pintu bukaan ke atas seperti Mercedes SL300 Gullwing bagi setiap penumpang. Superbus kini menunggu kelulusan pemeriksaan dari kerajaan Arab Saudi dan dijangkakan akan memulakan operasi di negara tersebut.
p/s: amacam?? Bila la superbuss ni nak masuk Malaysia. Kesian tokey pengusaha bas yang lainkan. Kredit buat Michael Flunk Caesar.
Wednesday, 20 April 2011
Loghat Terengganu
Assalamualaikum. Post AA kali ini adalah berkaitan dengan bahasa/loghat Tranung. Posting AA kali ini diharapkan dapat membantu orang luar (bukan org Ganu) untuk memahami bahasa Ganu. Mungkin anda baru pertama kali datang ke Ganu sebagai seorang pelancong, pelajar, atau ditukarkan kerja ke Ganu. Selamat mencuba......
A
abih -- habis
acing-perring - bau hancing
amah - 50 sen, ie. samah(RM 0.50), dua amah(RM 1.00), tiga amah(RM1.50)
B
bah - bas
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bakpe - mengapa
bang - azan
beng - memaksa diri
bijok - pandai
boh - banjir
bok - buku
bowok - bawa
buak - buat
bekok cobong - bengkak yang teramat sangat, benjol
beratah - keadaan yang amat banyak, ie. beratah anak ikan
bewok - biawak
Baddi (bertanding)
Bangak (bangat?) (cepat?)
Bedo’oh (@ do’oh) lalu
Bedrohong
Bekeng (bengkeng?) *
Berahi (suka) betak (betap?) = lembab
bing (**ekspresi)
Brayor (main-main, gurau, acah-acah)
Bo’jeng (berkenaan rambut)
C
cakna - ambil hirau, ambil tahu
cakol - cangkul
carik - koyak
ce'dung - bersawah
ce'rok - jauh
ce'rong - di sudut, di suatu tempat yang jauh
cekoh - ie. cekoh buah durian = kupas/kopek buah durian
ceroh-nerang - terang-benderang
cokoh - i.e. duduk cokoh -- berdiri atau duduk tapi tak duduk betul
colok - batang mancis
D
do'oh - melampau i.e. do'oh lalu- terlampau
dok - tidak
dok leh - tidak boleh
dok rok - letih, tidak bertenaga
dok soh - tak perlu, jangan
dok wie - tidak bagi
dua amah - RM 1.00
E
esel - ensel pintu
G
gaha - menyental periuk atau kuali
gajuk- beg plastik
gandor - galas, seperti menggalas durian kepasar
gelemang - penguat untuk geli, i.e. geli-gelemang
gelenya - 1. ie. plastik gelenya(bag plastik pasar)(grocery plastic bag); 2. i.e. gatal-gelenya bermaksud miang
gemok mettong - terlalu gemok , juga "gemok debok",
gere - ie. duduk atas gere
go'coh - bergaduh
gohek - memandu (asal dari 'go ahead')
guane(v. ga'na) - bagaimana
gumba - timba, ie. menimba ikan
gerek - basikal
H
hangus letong - hangus habis
hok - yang, yang mana, i.e. hok saya royak arituh- yang mana saya bagi tahu hari itu
I
ikan aye - ikan tongkol
itang legit - hitam sehitam arang
J
jahil tukil - terlampau bodoh, bengap
jambang - tandas
jala mas - sejenis kuih tradisional
jambu golok - buah gajus
je'put - cucur
jenere - lena (tidur)
K
ka'bo - beritahu
kalu - kalau
kasih(with heavy k) - kekasih, awek, pakwe
katok - pukul
kawa - kopi, serbuk kawa - serbuk kopi
kayu khamat(v. kayu keramat) - sejenih kuih tradisional seperti roti, kuih cakoi
kekeng - mengankang
kekgi - sekejap lagi
kelih(keleh) - lihat
keta teksi - teksi
kepok gete/kepok gote/khepok gete - keropok lekor
khabak - panjat
koho-koho - beransur-ansur, ie. koho-koho doh ni
kohong - i.e. busuk kohong - busuk yang teramat
komang - (dari perkataan 'common')teruk, tidak bermutu
korang-nyor - alat kukuran kelapa
koyok - kupas buah
kkudda - kekuda
L
lagu tu - seperti itu
lambo(lambur) - beranda, seperti balkoni, biasanya terdapat pada luar rumah tradisional di hadapan pintu
lebong - tipu
lekpong - adalah kata wacana
lening - sekarang
lembek - tilam
leput - menguat perkataan warna putih, i.e putih leput
liuk (v. liut) - lemau
M
makang pulut - kenduri, biasanya kenduri kahwin
malah - malas
maring (org. kelmarin)- semalam
mas jeput - sejenis makanan, kuih berwarna kuning
masing pekok - masin teramat sangat
mecheh - mancis
mender - benda
molek - sempurna, cantik, bagus
mung - kamu, engkau, awak
mMejed(silent M) - masjid
N
nape - ape
nasi kunyit - nasi kuning
nawok - tipu
nebeng - melampau
nganang - sejenis kuih yang amat manis, selalu dihidangkan selepas Sembahyang Terawih di bulan Ramadan
ngatuk - mengantuk
nganying(v. nganjing) - mempermain-mainkan, meniru gaya
nyaknyer - (v. nyak nyer) - kesian -" nyaknyer awang tu " - kesian kat awang.
noneng - tergantung yang menoneng
noppat - lompat
nyodok - penyodok
nyor - kelapa, nyiur
P
panah dering - cuaca panas yang melampau
patak - i.e. patak puyuk - bahagian bawah periuk, patak unjak - akar umbi
parok - mahal, banyak
pelang - mempelam
peng - ais, cth: milo peng - milo ais
piyer - siapa
pitih - duit
pieuu - penyu
pong - pun
pulok - pula
pulut lepa - sejenis makanan tradiosional yang dibuat dari pulut, berbentuk silinder/rod dan dibungkus dalam daun pisang
punoh - rosak
puyuk - periuk
R
ralek - (dari perkataan relax) berehat
rege(v. geghe) - riuh, bercakap banyak
retek - juga, i.e. aku nok gih retek
reti - mengetahui cara, pandai
rial(org. riyal) -ringgit
robok - almari
rohok - susah, payah
rok(1) - yang, yang mana, i.e. rok saya ka'bo arituh- yang mana saya bagi tahu hari itu
rok(2) - semak
rokrak - i.e. supik rokrak (grocery plastic bag)
royak - beritahu
S
samah(v. se amah) - 50 sen
sakok - terhalang
sapang - sampan
sapok - Jauh
se'eh - terlalu kenyang
sejuk ngoko - sangat sejuk
sekeh - ie sekeh kepala
sekok - tidak cukup ruang
seme - semua
sen - duit (kemaman)
serek - selipar getah/ selipar jepun
sepit - sempit
smete - manggis
sohor - terkenal, glamour
sokmo - sentiasa, selalu
starang - Guna sebagai kata penguat(ie. dok tau starang abuk)
stengba - bersiap sedia
suka - ketawa, menyukai
supit/supik - bag plastik
susuk - sorok
T
tak mboh - tidak mahu
taik - tahi
taik itik - sejenis makanan
tamboh - tambah
teksi - beca
tebeng - memaksa diri
timung cina - tembikai
tohok - buang
tok - nenek
tokki - datuk
tongong - bodoh, sbg satu penghinaan
tonyoh - sekeh, ie tonyoh kepala
tra(org. try) - cuba, testing
tranung - terengganu
tubik - keluar
tungggang-langgang - berterabur, tidak tersusun, bersepah
U
ubi - kentang
ubi stele - keledek
ulak - ulat
ulor - ular
W
wak(v. wat) - buat
wak lolok - tipu
wi(v. bui) - beri
Y
ye ye - beria-ia
TAMBAHAN
comel lote���comel yg amat
ija naung���..hijau kehijauan
sejuk ketto��..sejuk yg sgt2
itang lettung��tersangatlaa hitamnya
punoh jahnang��rosak
pughah hangik��hampeh gile
gugha bewok��..gurauan yg menyebabkn pgaduhan
air geh tujuh yu-pi cak katung jogek-jogek�air 7UP(kole beghang)
kona lepe���kona lipat
kelecak���..terpelanting
nakuk paik��.penakut yg amat
tinggi lonjong�.tinggi sgt
tinggi nyayuk��sama cm diatas
masing pekkok�..teramat masin!
sekak netting�..singkat sgt (kain)
nipih nayyang�..sgt nipis
maknga����cuai
babei����..degil (taktau nak eja camane)
jabir/supek/plastik ghok-ghek���.plastic bag je padahal
koghok����tengkorak
kehek����.muntahkan semula
puahsang���.boring
meppeh����tak larat
kepeh blepeng�..kempis sgt
lapo perut��..lapar
ngatuk mate��.Ngantuk laaa
rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang�s)
bodo dooh lalu��..bodo lebih2
koghok keghing nggoh�.tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)
kelecak baghak��terpelanting
kerek tlage��konkrit mengepung telaga
takdok aghoh���habis ikhtiar
penuh poppok/rumbu��.penuh sampai melimpah
khapoh���..kerak (goreng pisang etc)
penuh nembok��penuh sampai melimpah
gemuk debbok��gemuk sgt
kuruh kering�..sgt kurus
botok licing��.botak licin (rambut)
beso jereguk�..besar
kecok����.jln terhincut2
gege����..bising
suke glekek��.ketawe menggelekek
ketor geggor��terketar-ketar smp bergegar..hehe
manih leting��sgt manis
dulli mung���tak ambik peduli
musing ketang caghi-cari merata-rata
letihsang���.sgt letih
bapok gong��..sgt besar
srupe tule/supetula��.serupe je
beghak nanang��.sgt berat
ringang lepung�..sgt ringan
ketik nnyamuk��digigit nyamuk
makang kkucing�..dimakan kucing
kattok wong��..katak (siap ade bunyi tuu)
dok tahu starang�..tak tahu pun
busuk kohong�.busuk gile
agah�org yg sombong
soheh dok munggg??� ko ni biar betul!!
sewang��lbh kurang serabut jgk
membo nga bang��tak tahu nak explain
ape ke jadah �� apa hal
apah nyor�� hampas kelapa
anguh letong�� sangat hangus
bata golek �.. boaster/bantal pelok
bronok �.. sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
bekpang ��. sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
boloq woq �� serabut
bahang ��. pukul kan!
Bluahh ��comot
culah �� malah
ceekiik��. cubit-cubitan
nyekik��.menyakitkan hati
dokdang ��. tak sempat
glising ��merekah
iiising ��. gile dooo
ikang aye �� ikan tongkol
ikang kerah ekor �� ikan cencaru
kheloqq ��. malu kot!
tunggu stor ��. tunggu sekejap
Kupik ���kedekut
Kembit ��mengada-ngada
ngerek��. selalu bwk awek kot?
Lembek �.. tilam
Lambur ��. beranda/balkoni
meroh merang ��..merah sangat
memang dok arr ��. memang tak ar!
musing ligak ��� berpusing2
musing ketang ���. berpusing2
ngoyang ��. meroyan
nyakit nyamang ��� tidak bersangkutpaut
nyeh-nyeh ��.. mengada-ngada
nisang ��..gula melaka
skekk �.. sedikit
se`jek �� masjid
sekut merri ��biskut merrie
se�eh �� kenyang sangat
sorok��. drawer
tawor hebbe ��. tawar gile
tawor lembo�.tawar(air)
tohok��buang
senyak tupih�..senyap sunyi
tinggi sayuk�.sgt2 tinggi
beso jalo�..sudah besar(org)
kecik tuik�..kecil sgt2
pucak kesi��.pucat
bising bango�..bising sgt
uduh sepang ko�ong��.hodoh sgt2
tupul glebek�..tumpul(cam pisau ke)
patoh riok�.patah(tangan)
pendek kettok�..pendek ah
gelak kattok��gelap gelita
kuning siyor��kuning
buruk leppok�..baru
toho leppeh�..air yg cetek
tubek kembong ��. buasir
wohhulu �.. bahulu
tubek ��..keluar
panah ketik��.. panas yang teramat
paik nepang�..pahit yg amat2
kuba balo�.kerbau yg ada wana perang2
nebeng ngoh��ter over
pekat likat��pekat ah
wak mmunoh�..merosakkan
kenayat�� khianat
ngate riti ��. bersepah
lokkk ����.biarkan
drohong ��..cthnya hujan semalam.
srabut arut��serabut sgt
khetok khiyok��. kertas kalu kena gupal
glebek nyeng���benda yg dah rosak
nyetok kkarung�..kejang macam kaki krem tu
Kisah Benar. Soalan Neraka.
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat m ema tuhi peraturan. Peraturan ni bukan s ema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nik mat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zali mi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "
p/s: kredit kepada bro Faisalwebspot . Semoga dengan cerita ini, akan memberi kesedaran kepada semua manusia.
Upin Kawan Alia??
Salam semua. Korang nampak tak Upin yang sedang melambai-lambai kat sebelah? Hehe, mane dapat? Tulah, korang kena rerajin menziarah blog kengkawan yang lain. Baru dapat maklumat dan informasi yang berguna. Ni AA dapat dari blog Adi. Adi mane?? AdiWidget . Korang tekan je link di sebelah, jenguk2lah kalau ade informasi yang berguna (berkenaan widget)
p/s: Thanks and credit for bro Adiwidget.
p/s: Thanks and credit for bro Adiwidget.
Tuesday, 19 April 2011
Keputusan Liga Super 2011 (19/04/2011)
Penat-penat balik main futsal, AA terus terjah laptop. Tapi sebelum tu mandi dulu bro. Baru boleh layan tenet. Ni merupakan keputusan terkini Liga Super 2011 (19/04/2011).
Adoi, seri pulak malamni. Pasukan mane? Of course lah TERENGGANU. Tahniah buat Kelantan, kenduri gol lagi malamni. Selangor makin menjarakkan diri.
p/s: tengah layan Mus May dan Hattan dalam Fuhhhh.........
Monday, 18 April 2011
Tips Cara Buat Print Screen
Contoh Print Screen Blog AA
Dengan plugin Screengrap dari Firefox ni kita boleh buat full page..Hmmmm...Menarik di situ..Mari kita lihat cara-caranya kat bawah ni ye.
Korang tau apa itu print screen?? Hari ni kita belajar tutorial cara buat print screen untuk full page ye.Tapi untuk pengguna-pengguna musang api je tau.
Dengan plugin Screengrap dari Firefox ni kita boleh buat full page..Hmmmm...Menarik di situ..Mari kita lihat cara-caranya kat bawah ni ye.
1. Install plugin Screengrab > Klik Add to Firefox > Install Now
2. Restart Firefox
3. Buka page yang nak buat Print Screen > Klik kanan > Pilih Screen Grab! > Save > Complete Page/Frame untuk save keseluruhan page > Pilih tempat nak Save. Settle
4. Seterusnya korang explore yerk
Sunday, 17 April 2011
Liga Super 2011
Kepada peminat bola sepak tempatan, AA rasa anda mungkin kurang mendapat info keputusan terkini tentang perlawanan. Ini berbeza dengan keputusan perlawanan liga EPL/BPL, Spanish La Liga dan lain2 lig. Ini kerana keputusan liga 'orang puteh' anda dapat melihatnya di kaca tv Astro di saluran 811,812,813 dan 817. Selain itu anda dapat mengetahui keputusan terkini di laman web Soccernet, Livescore dan banyak lagi laman web lain.
Namun begitu, kepada peminat setia liga tempatan anda jangan khuatir kerana AA telah mendapat info terbaru mengenainya. Anda dapat mengetahui keputusan terkini berkenaan liga Super Malaysia dengan melawat laman web http://www.soccer24.com/malaysia/super-league/ Di laman web tersebut anda juga dapat mengetahui keputusan liga-liga lain terutama liga eropah, liga Brazil dan banyak lagi.
Kedudukan Liga Super Terkini (17/4/2011)
Tips Blog - Widget
TIPS ini berguna kepada sesape yang ada blog. Korang dah ada blog? Tapi blog korang tak ada benda yang menarik? Kalau korang nak tutorial cantikkan blog, pasangkan widget untuk jadikan blog lebih menarik. Tapi elakkan dari memasang widget terlalu banyak sampai loading blog jadi lambat. Loading blog yang terlalu lama mungkin menyebabkan pelawat lebih cepat untuk tinggalkan blog kita.
AA cuma senaraikan widget blog untuk korang masukkan dalam blog tapi tak suruh masuk kan semua ok (saranan penaja)
Antara widget yang boleh anda masukkan seperti di bawah:
AA cuma senaraikan widget blog untuk korang masukkan dalam blog tapi tak suruh masuk kan semua ok (saranan penaja)
Antara widget yang boleh anda masukkan seperti di bawah:
Senarai Widget Blog
Rating - http://www.blogorator.com
Form ke Email - http://www.emailmeform.com
Chatbox - http://www.cbox.ws
Shoutmix - http://www.shoutmix.com
Favicon - http://www.deviantart.com
Feedjit - http://feedjit.com
Flag Counter - http://s03.flagcounter.com
Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com
LinkWithin – http://www.linkwithin.com
Map - http://www.feedmap.net
MP3 Search Box, Google Search - http://widgetserver.com
Mybloglog - http://pub.mybloglog.com
Free Domain - http://www.zonestraits.com
Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com
Feedburner - http://feedburner.google.com
p/s: ni just beberapa link widget, kalau anda nak banyak lagi, rajin2 la melawat blog lain yerk...
Friday, 15 April 2011
Apa Yang Menarik Di Terengganu
Pernahkan anda melihat logo ini? Logo ini dihasilkan bersempena kempen Tahun Melawat Terengganu 1997 kalau xsilap AA. Logo ini masih lagi digunakan sehingga hari ini dan masih lagi laku di kedai-kedai 'stiker'. Logo yang berlambangkan penyu ini adalah simbolik dengan gelaran negeri sang penyu untuk negeri Terengganu.
Bercakap mengenai Terengganu, AA mulakan dulu dengan makanan. Makanan yang paling femes di Terengganu tak lain tak bukan keropok lekornye. Sebut saje keropok losong, orang dah tau dah. Keropok mudah didapati di Losong, Batu Rakit, Seberang Takir, Kuala Ibai, Marang, Kemaman dan beberapa tempat lagi. Selain itu, nasi dagang juga merupakan makanan yang berasal dari Terengganu.
Di area Losong pula, terdapat 2 kawasan yang menarik untuk dilawati iaitu Muzium Terengganu dan juga Masjid Kristal. Muzium Terengganu merupakan Muzium yang terbesar di Asia Tenggara.
Bagi mereka yang gemar aktiviti kembara, Tasik Kenyir (tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara), Pulau Kapas, Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian adalah destinasinya. Pelbagai aktiviti sukan air seperti menyelam, scuba diving, melihat terumbu karang dan sebagainya dapat dilakukan. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, anda perlulah mencuba pendakian di Gunung Tebu.
Bandaraya Pesisir Air, gelaran yang diberikan untuk negeri yang mempunyai berpuluh pantai yang cantik dan mendamaikan. Diantara pantai yang sering dikunjungi pelawat adalah pantai Batu Buruk, Pantai Kuang (Besut), Pantai Bari (Setiu) Pantai Teluk Lipat (Dungun), Pantai Awana Kijal, Pantai Monica Bay (Kemaman) dan banyak lagi. Kecantikan pantai di Terengganu telah menarik produser KRU untuk menghasilkan filem Hkyt Merong M'wangsa di pantai Terengganu.
Sebelum meninggalkan negeri Terengganu, tidak lengkap sekiranya anda tidak membawa pulang ole-ole dari Terengganu. Sila jejakkan kaki anda ke Pasar Payang, disitu semuanya ada. Makanan, pakaian, ole-ole, sutera, batik, tembaga, dan kebanyakkannya hasil kraftangan masyarakat Terengganu dijual disitu.
Terengganu di Persada Liga
Tahniah kepada pasukan Terengganu. Ini merupakan kedudukan yang cemerlang bagi pasukan bola sepak Terengganu untuk musim ini. Pasukan Terengganu yang bermula perlahan di awal musim, berjaya menunjukkan peningkatan yang konsisten pada pertengahan musim.
Kemenangan 1-0 ke atas pasukan Felda United telah melonjakkan pasukan ini ke persada liga. Gol kemenangan Terengganu dihasilkan menerusi jaringan cantik oleh Abdul Hadi Yahya pada minit 61:46 perlawanan. Ini merupakan jaringan keenam peribadi oleh Abdul Hadi Yahya buat pasukan Terengganu. Syabas diucapkan kepada pasukan Terengganu.
p/s: dok sia-sia Terengganu ambik Hadi, swap dengan Zairo kot utk T-Team
Wednesday, 13 April 2011
Alia nak berKONGSI
Salam kepada peminat Sam. Hehe. Ni AA rasa mungkin cerita terbaru untuk tahun ni. Maklumat ni pun AA dapat semasa 'membelek' web gengaryzs. Barisan pelakonnya agak top masakini, dan filem ini AA jangka akan meletop.
Pelakon : Shaheizy Sam, Yana Shamsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Bront Palarae, Fizo Omar, Farid Kamil
Sinopsis
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
Lebih kurang camtu la jalan critenye. Nantikan kemunculan cerita ini.
p/s: kredit AA ucapkan kepada geng aryzs.
Demam Champion League
Malam ini berlangsung dua lagi perlawanan Champions League. Perlawanan membabitkan pasukan Schalke 04 (GER) vs Inter Milan (ITA) dan Tottenham (ENG) vs Real M (SPA) pada pukul 2.40 pagi.
Semalam kita telah mengetahui dua lagi pasukan yang telah melayakkan diri ke separuh akhir, iaitu Man U dan juga Barca. Masing-masing telah menewaskan pasukan Chelsea dan juga Shakhtar.
p/s: ramalan AbiAlia, pasukan Man U mungkin akan bertemu Barca di final. Lawan mereka di separuh akhir mungkin Schalke/Inter dan juga Real Madrid. Sama-sama kita nantikan.
Salam Ukhuwwah
Salam ini ditujukan kepada semua pembaca blog AbiAlia(AA). Blog ini tercipta pada 14/4/2011. Nama Blog ini diambil bersempena nama anak saya iaitu NurAlia Batrisyia. Diharapakan blog ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada kita semua. Kita semua mungkin dapat berkongsi maklumat dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)